Penahanan Jamal: Peguam tunggu maklumat lengkap

Penahanan Jamal: Peguam tunggu maklumat lengkap

6:16 PM
Penahanan Jamal: Peguam tunggu maklumat lengkap
Menurut Muhyiddin, PDRM telah dihubungi untuk menyelaras urusan membawa pulang Jamal ke negara ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Peguam kepada Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos, Datuk Mohd Imran Tamrin sedang menunggu maklumat lengkap daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung penahanan anak guamnya di Indonesia pada Isnin.

Beliau ketika dihubungi Bernama, berkata sekiranya perlu pihaknya akan ke negara jiran itu bagi menguruskan proses ekstradisi Jamal.

"Setakat malam tadi tiada sebarang maklumat lengkap diperolehi berhubung penahanan beliau (Jamal), bagaimanapun kita sedia pergi ke Indonesia bagi memastikan proses membawa pulang Jamal berjalan lancar," katanya.
Beliau berkata pihaknya berharap Jamal tidak diambil sebarang tindakan di Indonesia.

Terdahulu semalam Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan Jamal ditahan oleh Polis Negara Republik Indonesia (POLRI) pada 6.15 petang.

Menurut Muhyiddin PDRM telah dihubungi untuk menyelaras urusan membawa pulang Jamal ke negara ini.

Jamal, 48, dilapor menghilangkan diri selepas didakwa di Hospital Pakar Ampang Puteri pada 25 Mei dengan kehilangannya disedari Penolong Pendaftar Mahkamah Shah Alam yang menguruskan proses ikat jamin beliau kira-kira 5.30 petang.

Jamal didakwa atas pertuduhan melakukan mudarat awam dengan memecahkan botol arak menggunakan penukul besi di hadapan pintu pagar keluar Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di Shah Alam, Selangor pada 5 Okt tahun lepas.

Selain itu beliau turut disiasat atas beberapa kes lagi termasuk di bawah Seksyen 34 Akta Senjata 1960.

Bimbang keadaan ekonomi, Ku Li pernah tulis surat khas kepada ahli Parlime

Bimbang keadaan ekonomi, Ku Li pernah tulis surat khas kepada ahli Parlime

6:15 PM
Bimbang keadaan ekonomi, Ku Li pernah tulis surat khas kepada ahli Parlimen
Tengku Razaleigh berkata rasuah menjadi punca penambahan kos sara hidup, oleh itu beliau amat takut dengan keadaan ekonomi negara dan mengajak dilakukan reformasi ekonomi bersungguh-sungguh. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Calon Presiden UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah mendedahkan, beliau pernah menulis surat khas kepada semua ahli parlimen pada 2014, berhubung kebimbangan beliau mengenai isu ekonomi rakyat, rasuah dan lain-lain isu membabitkan kepentingan negara.

Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, beliau sudah dapat meneka sejak awal lagi negara bakal berhadapan dengan masalah sekiranya isu-isu kepentingan rakyat tidak dapat diatasi.

Namun katanya, respons yang beliau dapat daripada hantaran surat itu, tidak cukup baik kerana ‘tiada seorang pun ahli parlimen memberi maklum balas’.

“Ada! Saya ada tegur pemimpin, ada secara lisan, ada setengah yang saya tak dapat tegur secara lisan, saya tulis surat, bahkan kepada semua ahli-ahli parlimen saya tulis surat...

"Buat pertama kali ahli parlimen di Malaysia ini menulis surat kepada setiap ahli parlimen bahkan termasuk menteri-menteri dan speaker dan sebagainya.
“Saya timbulkan perihal soal kenaikan kos hidup rakyat, dengan pelbagai masalah menimpa mereka, soal skandal berbangkit dan mungkin berbangkit lebih besar lagi, itu semua saya bayang dalam surat saya.

“Surat itu diedar kepada setiap ahli parlimen, sama ada dalam parti pemerintah atau pembangkang. Semua orang dapat, tiada seorang respons, cuba ada seorang cakap sebagai teguran surat itu ketika bahas dasar yang dibentang oleh kerajaan,” katanya dalam wawancara eksklusif bersama Sinar Harian, di kediamannya, pada Khamis.

Justeru tegasnya, tidak timbul isu beliau tidak pernah memberi teguran kepada pemimpin dalam isu membabitkan rakyat.

“Saya telah ambil inisiatif, tiada respons secara langsung saya terima. Mereka semua boleh membaca dan menulis tidak munasabah apa yang saya tulis mereka tak faham.

“Mereka sudah tahu, kandungan awal surat saya saya sudah timbulkan kemungkinan isu-isu akan berbangkit dan meletup dalam jangka masa terdekat,” katanya.

Surat yang bertarikh 30 Oktober 2014 itu yang sudah dibaca Sinar Harian antaranya menyatakan perspektif ekonomi negara ketika itu menunjukkan bahawa negara kita menuju ke arah yang salah.

Selain itu, ia turut menyatakan sebahagian besar defisit kerajaan dan jumlah hutang negara terlalu banyak yang menyusahkan pinjaman, seterusnya timbul melalui belanjawan pengendalian serta perbelanjaan cukai untuk menyokong penggunaan bagi mencapai pertumbuhan.

Dalam pada itu, surat itu turut menyatakan kenaikan kos sara hidup merupakan isu ekonomi paling mendesak ketika itu.

Selain kos perumahan yang semakin meningkat serta pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan menambahkan lagi tekanan terhadap kos sara hidup.

Dalam surat itu juga, Tengku Razaleigh atau lebih dikenali Ku Li turut menyatakan kebimbangannya akan hutang peribadi kekeluargaan yang ketika itu telah menjangkau paras mencemaskan.

Tengku Razaleigh dalam surat itu turut menyatakan rasuah menjadi punca penambahan kos sara hidup , oleh itu jelasnya beliau amat takut dengan ekonomi negara dan mengajak agar dilakukan reformasi ekonomi bersungguh-sungguh.

Surat berkenaan mengandungi 23 hebahan besar dan dikeluarkan sebanyak enam muka surat.

Hannah komited bela hak dan bawa suara golongan kanak-kanak di Parlimen

Hannah komited bela hak dan bawa suara golongan kanak-kanak di Parlimen

6:14 PM
Hannah komited bela hak dan bawa suara golongan kanak-kanak di Parlimen
HANNAH: Saya komited mengangkat dan menjadi suara mereka di Parlimen.
KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang baharu Hannah Yeoh Tseow Suan komited membela hak dan membawa suara golongan kanak-kanak di Parlimen.

Beliau berkata kanak-kanak hanya bergantung kepada rasional orang dewasa di bawah jagaan mereka serta tidak berupaya bersuara bagi mempertahankan diri atau mengangkat sendiri hak-hak mereka menerusi mana-mana platform.

"Menyedari keadaan ini, saya komited mengangkat dan menjadi suara mereka di Parlimen dan hak-hak mereka akan saya wakili sepenuhnya," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Hannah, anak kelahiran Kuala Lumpur mengangkat sumpah jawatan sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di Istana Negara di sini hari ini bersama 13 lagi menteri dan 23 timbalan menteri.

Hannah berkata pengalaman sebagai seorang isteri dan ibu akan membantunya memahami keseluruhan peranan yang diperlukan untuk mengisi tanggungjawabnya dan mengakui porfolio tersebut paling dekat di hatinya.

"Ini kerana saya percaya yang keluarga adalah tunjang kepada sesebuah negara. Saya berdoa kehadiran saya di sini boleh memberikan sedikit perbezaan," katanya.

Sementara itu, Hannah turut berterima kasih kepada parti DAP yang telah meletakkan kepercayaan kepadanya untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada para pengundinya di kawasan Parlimen Segambut yang telah menjadikannya lebih bersemangat untuk menggalas amanah tersebut.

Hannah sebelum ini pernah menjadi Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dan bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya.

Uruguay mara ke pusingan kalah mati Rusia 2018

Uruguay mara ke pusingan kalah mati Rusia 2018

6:35 PM

Luis Suarez menjaringkan gol kemenangan Uruguay menentang Arab Saudi di Rostov Arena. - Gambar FIFA.com
ROSTOV-ON-DON: Luis Suarez menjaringkan gol kemenangan Uruguay menentang Arab Saudi 1-0 dalam saingan kumpulan A untuk mengesahkan kemaraan ke pusingan kedua kejohanan.

Gol yang dijaringkan dari jarak dekat pada minit ke-23 itu dibuat pada penampilan yang keseratus penyerang Barcelona itu.

Uruguay turun di Rostov Arena mencari kemenangan kedua untuk mengesahkan kemaraan mereka ke pusingan kalah mati kejohanan, selepas berjaya menewaskan Mesir 1-0 dalam perlawanan pembukaan.

Skuad La Celeste memecah kebuntuan pada minit ke-23 selepas Suarez menolak masuk hantaran sepakan sudut Carlos Sanchez.

Arab Saudi yang cuba bangkit selepas dibelasah tuan rumah Rusia 5-0 gagal menyaingi penguasaan bola Uruguay pada babak pertama perlawanan.

Uruguay mempunyai peluang terbaik untuk menggandakan jaringan pada minit ke-62 namun tandukan Sanchez tersasar.

Arab Saudi menyertai Mesir yang terpaksa pulang awal selepas mengalami dua kekalahan berturut-turut.

Kedua-dua pasukan akan bertemu dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan pada 25 Jun, jam 10 malam.

Sementara Uruguay akan bertemu Rusia bagi menentukan juara bagi kumpulan A, pada hari dan waktu yang sama.

sumber ; http://www.astroawani.com/berita-sukan/uruguay-mara-ke-pusingan-kalah-mati-rusia-2018-178517
Ronaldo terus menyerlah, jaring gol kemenangan Portugal

Ronaldo terus menyerlah, jaring gol kemenangan Portugal

6:33 PM
Ronaldo terus menyerlah, jaring gol kemenangan Portugal
Ronaldo sudah menjaringkan 4 gol dalam kempen Piala Dunia FIFA Rusia 2018. - Gambar FIFA.com
MOSCOW: Cristiano Ronaldo terus menyerlah dalam kempen Piala Dunia FIFA Rusia 2018, selepas menjaringkan gol kemenangan Portugal menentang Maghribi semalam.

Gol tersebut dijaringkan pada minit ke-4 perlawanan, sekali gus menyingkirkan Maghribi dari kejohanan.

Ronaldo mencuri tumpuan dalam perlawanan kumpulan B di Stadium Luzhniki, selepas berjaya menjaringkan hatrik pada perlawanan pembukaan yang menyaksikan Portugal seri 3-3 dengan Sepanyol minggu lepas.
Skuad bimbingan Fernando Santos ini tidak menunggu lama untuk berada di depan apabila kapten pasukan Portugal itu menanduk masuk hantaran silang Joao Moutinho pada minit ke-4.

Pada minit ke-40 Goncalo Guedes terlepas peluang keemasan untuk menggandakan jaringan Portugal berdepan dengan penjaga gol Maghribi, Munir yang tangkas menyelamatkan percubaannya.

Maghribi mempunyai beberapa peluang untuk menyamakan kedudukan, antaranya tandukan
Younes Belhanda pada minit ke-57 yang berjaya diselamatkan penjaga gol Portugal, Rui Patricio.

Portugal berjaya bertahan untuk melakar kemenangan pertama dalam saingan kumpulan B, selepas seri 3-3 sama dengan Sepanyol minggu lepas.

Maghribi yang kalah 0-1 kepada Iran dalam perlawanan pertama, sah tersingkir dari kejohanan dan akan melengkapkan kempen Rusia 2018 dengan perlawanan menentang Sepanyol pada 26 Jun, jam 2 pagi waktu Malaysia.

Portugal pula akan menentang Iran dalam perlawanan terakhir pada hari dan waktu yang sama.

http://www.astroawani.com/berita-sukan/ronaldo-terus-menyerlah-jaring-gol-kemenangan-portugal-178518
Ronaldo atasi rekod jaringan gol Puskas

Ronaldo atasi rekod jaringan gol Puskas

6:31 PM
Ronaldo atasi rekod jaringan gol Puskas
Ronaldo pecah rekod Puskas dengan menanduk masuk gol kemenangan menentang Maghribi pada Rabu. - Gambar AP Photo/Francisco Seco
CRISTIANO Ronaldo memecah rekod Ferenc Puskas sebagai pemain Eropah dengan gol terbanyak di peringkat antarabangsa.

Jaringan pada minit ke-4 menentang Maghribi pada Rabu menyaksikan Ronaldo memecah rekod yang dipegang pemain Hungary, Ferenc Puskas.
Selepas mencipta hatrik menentang Sepanyol minggu lalu, Ronaldo menyamai rekod Puskas dengan 84 gol antarabangsa, namun gol menentang Maghribi pada Rabu mengesahkan Ronaldo sebagai pemain Eropah dengan gol antarabangsa terbanyak.

Puskas menjaringkan 84 gol antara tahun 1945 dan 1956.

Bagaimanapun Ronaldo perlu menjaringkan 24 gol lagi di peringkat antarabangsa jika mahu menyamai rekod yang dipegang bekas penyerang Bayern Munich, Ali Daei dari Iran.

Ali menjaringkan 109 gol dalam tempoh 13 tahun untuk Iran dari tahun 1993 hingga 2006.

Goresan Hati Yang Belum Tersampaikan. .

Goresan Hati Yang Belum Tersampaikan. .

7:54 AM
Apakah aku sakit atau bahagia, Aku juga g tau , yg jelas rasa ini muncul saat ku pertama jumpa denganmu. .
Awal tahun baru yang sangat sangat istimewa bagiku dapat jalan dan menghabiskan waktu bersamamu. .

Pagi itu dirimu terlihat ceria dengan jilbab putihmu, sesaat ku lambaikan tanganku dan senyummu terbuka, begitu bergetarny hati saat dirimu melangkah menghampiri diriku. .

Begitu indah saat pertama dirimu menemani melewati jalan yang berliku dan penuh tantangan. Detik , menit, jam tak terasa berlalu dengan cepat. .

Aku teringat saat saat dirimu tersenyum, tertawa dan mengabadikan kenangan dlm sebuah album. .

Jujur, Aku ingat dirimu sampai tak terbatas waktu, . Aku memikirkanmu, mengagumimu ,ato menyukaimu, Ku juga g tau, yg jelas rasa ini masih tersandar indah di hatiku. .
Ku g tau harus berkata apa, terlalu cepat aku meluahkan rasa indah ini, aku tersiksa dengan rasa ini. .

Ya Alloh, mengapa kau ciptakan rasa ini buat Aku, apakah aku sanggup menjalaninya Ya Alloh,
Ku g ingin air mata ini jatuh lagi Ya Alloh. .

Terima kasih Ya Alloh engkau tlah menganugrahkan sejuta keindahan buatku, .
Ya Alloh jika aku engkau izinkan meminta, . Ku ingin memiliki rasa ini bersama, . Kaloupun engkau tidak mengizinkan , bagiku mengaguminya sudah lebih dari cukup Ya Alloh. Karena ku bukan siapa siapa dimata dirinya. .

Buat seseorang yang aku kagumi, . Aku minta maaf jika aku mempunyai rasa yang harusnya tidak ada, mungkin terlalu cepat buat diri kita, tapi ku juga tidak bisa memungkiri perasaan ini, .terlalu pagi untuk mengatakannya. .
Maaf jika ku punya salah dan g bisa memberimu arti yang istimewa. . .

Seribu kali maaf hanya itu yang sanggup aku katakan. .
Semoga dirimu mengerti apa yang ku rasakan. .